Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERSARAAN ANGGOTA PEKERJA PKNP
24/12/2019 by Mohd Ibrahim bin Hashim
PKNP meraikan tujuh orang anggota pekerja yang bersara dalam tempoh Julai hingga Disember 2019
Kuantan, 24 Disember - PKNP telah meraikan tujuh orang anggota pekerja yang bersara dalam tempoh  bulan Julai hingga Disember 2019. Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar ketika berucap merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih di atas khidmat bakti ketujuh-tujuh pesara.



Sesungguhnya antara kejayaan PKNP hari ini adalah hasil usaha, sumbangan idea dan tenaga serta pengorbanan tuan-tuan dan puan-puan jua, kata beliau.



Menurut beliau, PKNP sentiasa memberi perhatian yang serius kepada kesejahteraan dan kebajikan pekerja terutamanya dalam menyediakan laluan kerjaya kepada anggota pekerja.Ianya terbukti apabila melihat kepada rekod perkhidmatan ketujuh-tujuh yang diraikan yang bersara dalam jawatan yang lebih tinggi berbanding ketika melaporkan diri.



Pesara yang diraikan, Encik Saadon bin Mohamad, Encik Rosli bin Abdullah, Puan Aloha binti Mohd Zain, Pua Hjh Hanizar binti Ahmad, Encik Zainal Abidin bin Jamaluddin dan Pengurus Kanan Encik Khaidir bin Mohd Noor.



Di majlis tersebut, para peserta telah menerima sijil penghargaan dan insentif persaraan berupa pakej mengerjakan umrah dan persalinan Tenun Pahang Diraja.Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Setiausaha Perbadanan, Y.Bhg Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin antara yang turut hadir.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.