Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR PROGRAM LATIHAN GEMAPUTERA DI KUNDASANG, SABAH
20/01/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
PKNP anjur Program Latihan GEMAPUTERA  Creative Problem Solving and Decision Making di Kundasang, Sabah


Kundasang, Sabah 13 Januari - PKNP selaku Pengerusi Biro Latihan Gabungan Agensi-Agensi Amanah Bumiputera (GEMAPUTERA) telah menganjurkan program latihan Creative Problem Solving and Decision Making di salah sebuah hotel terkemuka di sini baru-baru ini.


Penganjuran program selama dua hari ini adalah merupakan siri program latihan yang telah dirancang untuk dilaksanakan bagi tempoh 2018 - 2020. Penyertaan pada kali ini disasarkan daripada kalangan Ketua Pegawai Eksekutif serta Pengurus Kanan dari Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN).



Seramai 25 peserta yang mewaklil PKEN Pulau Pinang, Sabah, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Melaka, Terengganu dan PKNP telah menyertai program  latihan ini. Pelaksanaan  program ini dikendalikan oleh PKNP selaku Pengerusi Jawatankuasa  Latihan GEMPUTERA bagi sesi 2018-2020 dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO).


Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar turut menyertai program ini sebagai salah seorang peserta. Turut serta Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman.


Beri tumpuan...Sebahagian peserta program sedang mengadakan perbincangan kumpulan


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.