Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


RASB TERIMA KUNJUNGAN PELAJAR KOLEJ KEMAHIRAN BERLIAN
24/01/2020 by Mazilah binti Mansor
 

Anak Syarikat PKNP, Realistic Attraction Sdn. Bhd. (RASB) telah menerima kunjungan seramai 45 orang pelajar termasuk 11 orang tenaga pengajar dari Kolej Kemahiran Berlian, Kemaman baru-baru ini.


Aktiviti menenun secara tradisional dan keupayaan untuk mengekalkan Tenun Pahang Diraja sebagai warisan seni halus Pahang telah menjadi tarikan utama Kompleks Pengembangan Tenun Pahang Diraja Sultan Haji Ahmad Shah yang diuruskan oleh RASB menjadi lokasi kunjungan.


Selain itu, ahli rombongan berpeluang untuk melihat sendiri demonstrasi menenun selain diberi penerangan tentang penghasilan produk Tenun Pahang Diraja sebelum dibawa ke Galeri Diraja yang menempatkan pelbagai koleksi pakaian rekaan pereka fesyen terkenal Malaysia dengan menggunakan tekstil Tenun Pahang Diraja.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.