Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PUSPANITA PKNP ANJUR PROGRAM DERMA DARAH & PEMERIKSAAN KESIHATAN PERCUMA
06/02/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Program Derma Darah & Pemeriksaan Kesihatan Asasa Percuma dapat sambutan yang menggalakkan

Kuantan, 5 Februari - Program Derma Darah dan Pemeriksaan Kesihatan Asas Percuma anjuran PUSPANITA PKNP dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Tengku Amuan Afzan (HTAA) Kuantan serta Kuantan Medical Centre (KMC)  telah mendapat  sambutan yang menggalakkan daripada warga di sekitar Kuantan, Pahang.




Seramai 112 orang telah mendaftar sebagai penderma. Dari jumlah tersebut sejumlah 92 beg darah telah berjaya diperolehi. Selain itu seramai 80 orang telah mengambil peluang ini untuk menjalani pemeriksaan kesihatan yang diadakan secara percuma oleh pihak KMC.


Program ini merupakan sebahagian dari tanggungjawab sosial PUSPANITA PKNP bagi membantu meningkatkan stok darah di HTAA supaya dapat dimanfaatkan oleh insan-insan yang memerlukan.


Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dan isteri yang juga merupakan Pengerusi PUSPANITA PKNP, Puan Zuhaira bin Zainordin antara yang turut menderma.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.