Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP TERIMA KUNJUNGAN ENTERPRISE SINGAPORE GOVERNMENT( ESG) KE KUANTAN, PAHANG
13/02/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 6 Februari - PKNP telah menerima kunjungan Enterprise Singapore Government (ESG) yang berhasrat untuk mengadakan lawatan kerja ke Kuantan, Pahang bagi mendapatkan maklumat serta meninjau peluang-peluang pelaburan di negeri Pahang.


ESG adalah merupakan sebuah agensi kerajaan di Kementerian Perdagangan dan Perindustrian Singapura (MTI) yang berperanan untuk menarik pelaburan ke Singapura. ESG juga adalah agensi yang bekerjasama rapat dengan SME Singapura dalam membantu pelan pelaburan antarabangsa ke Malaysia bersama-sama rakan pelaburan tempatan.


Satu sesi mesyuarat yang dipengerusikan oleh Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman telah diadakan untuk menyelaras cadangan lawatan kerja ini. Turut hadir wakil-wakil agensi dan jabatan berkaitan dari BPEN, MITI, MIDA dan ECERDC serta Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md. Zabani.


Susulan daripada mesyuarat, pihak PKNP telah mengatur lawatan tapak ke Gambang Halal Park, Kawasan Perindustrian Gebeng , MCKIP serta KPC.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.