Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PERPISAHAN SEMPENA PERSARAAN AHLI PERBADANAN PKNP
13/02/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 12 Februari - PKNP telah mengadakan Majlis Perpisahan sempena persaraan Ahli Perbadanan PKNP, YH Dato' Indera Haji Mohamad Roslan bin Harun yang bersara kuatkuasa 25 Januari 2020 yang lalu di salah sebuah hotel terkemuka di Kuantan baru-baru ini.


YH Dato' Indera Haji Mohamad Roslan bin Harun sebelum ini memegang jawatan  YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang dan sebagaimana termaktub di dalam Enakmen PKNP adalah secara automatik beliau dilantik sebagai Ahli Perbadanan PKNP.


Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dalam ucapannya berkata sejak perlantikan YH Dato' Indera sebagai Ahli Perbadanan PKNP bermula pada 2 Februari 2016 banyak membantu PKNP khususnya dalam memberi nasihat dan cadangan yang bernas.


"Saya mengambil kesempatan ini merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas sumbangan idea yang bernas dan responsif YH Dato' Indera demi kecemerlangan PKNP", kata beliau lagi.


YH Dato' Indera juga adalah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Audit PKNP. Hadir bersama Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Setiausaha Perbadanan serta Pengurus-Pengurus Bahagian/Unit PKNP.




kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.