Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


DELEGASI JABATAN PEGUAM NEGARA LAWAT PUSAT TENUN PAHANG DIRAJA
17/02/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 14 Februari - Delegasi seramai lapan orang dari Jabatan Peguam Negara yang diketuai oleh Peguamcara Negara 2, Y.Bhg Datuk Siti Zainab binti Omar telah mengadakan kunjungan ke Realistic Atraction Sdn. Bhd. (RASB) baru-baru ini.


Beliau yang diiringi oleh YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato' Sri Hj Shamsulbahri bin Haji Ibrahim telah meluangkan masa selama dua jam untuk melihat sendiri  aktiviti pemprosesan Tekstil Tenun Pahang Diraja yang dikendalikan oleh RASB.


Sempena dengan kunjungan tersebut turut diadakan perbincangan di antara pihak Jabatan Peguam Negara dengan RASB mengenai cadangan pembelian Kain Tenun Pahang Diraja untuk dijadikan sebagai cenderamata persaraan kakitangan jabatan berkenaan.


Hadir meraikan delegasi, Setiausaha Perbadanan PKNP, Y.Bhg Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin yang juga Ahli Lembaga Pengarah RASB.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.