Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SERTAI PROTUNE PERINGKAT KEBANGSAAN 2019 DI PERLIS
17/02/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Perlis, 13 Februari - Konvensyen Program Tunas Niaga (PROTUNE) Peringkat Kebangsaan 2019 telah berlangsung dengan jayanya pda 13 - 15 Februari 2020 bertempat di Kampus Universiti Malaysia Perlis, Kampus Pauh baru-baru ini.


Program anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia dan mendapat sokongan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) seluruh Malaysia dengan matlamat untuk mengggilap budaya dan semangat keusahawanan dalam kalangan pelajar sekolah di samping untuk menilai dan memberi pengiktirafan kepada para peserta yang telah menjayakan PROTUNE di sekolah masing-masing.


Konvensyen PROTUNE pada kali ini melibatkan penyertaan 180 buah sekolah menengah seluruh negara dengan lapan kategori hadiah telah dipertandingkan iaitu Anugerah Syarikat Terbaik, Persembahan Terbaik, Perkhidmatan Terbaik, Produk Kreatif Terbaik, Laporan Tahunan Terbaik, Guru Pengelola Terbaik, Pengurusan Terbaik dan Agensi Pelaksanaan Terbaik.


Program tiga hari ini turut diisi dengan Seminar Keusahawanan daripada para usahawan berjaya antaranya Ushawan Kosmetik Dato' Seri Vida dan Perkhidmatan Syarikat-Syarikat  PROTUNE.


Majlis perasmian penutup telah disempurnakan YB Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Penjaja dan Peniaga Kecil; Perdagangan Dalam Negeri; Koperasi dan Kepenggunaan, Pembangunan Usahawan serta Industri Kecil dan Sederhana Perlis yang mewakili YAB Menteri Besar Perlis. Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) dan wakil Kementerian Pendidikan Malaysia.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.