Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT AHLI PERBADANAN PKNP BIL. 1/2020 TELAH BERLANGSUNG DI KUALA LUMPUR
21/02/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuala Lumpur, 18 Februari - Mesyuarat Ahli Perbadanan PKNP Bil.1/2020 telah berlangsung di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Haji Wan Ismail antara lain bagi membincangkan tentang permohonan PKNP untuk mendapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 Tahun 2021 bagi cadangan pelaksanaan 15 projek baharu dengan keseluruhan kos dianggarkan bernilai RM61.4 juta.


YAB Dato' Sri Wan Rosdy yang juga Pengerusi PKNP turut menyarankan agar pelaksanaan 54 projek yang telah diluluskan peruntukan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) bagi tahun 2019 dan 2020 sebanyak RM56 juta dipantau secara terperinci dan rapi supaya tidak ada projek-projek yang terbengkalai dan rakyat negeri Pahang dapat menikmati manfaatnya.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.