Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KURSUS KEAJAIBAN DIRI - PERSEDIAAN MENTAL KONTINJEN PKNP
12/03/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
"Jaga adab dan disiplin" - Ketua Pegawai Eksekutif

Kuantan,  9 Mac - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menyeru para peserta yang mewakili Kontinjen PKNP supaya sentiasa menjaga adab dan disiplin serta mempamerkan imej PKNP di sepanjang Sukan Gemaputera XVI Selangor 2020.


Beliau menyatakan demikian ketika berucap merasmikan Kursus Keajaiban Diri  anjuran PKNP  yang telah berlangsung pada 9 Mac 2020 (Isnin) di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan.


"Bertandinglah secara sihat walaupun sasaran kita hendak menang kerana kita semua membawa imej PKNP dan negeri Pahang", tegas beliau.


Menurut beliau lagi bagi menaikkan semangat ahli-ahli kontinjen, PKNP bersetuju untuk memberikan ganjaran kepada pasukan-pasukan berjaya menjadi johan dan kejayaan yang cemerlang.


"Kadar dan bentuk ganjaran akan ditentukan oleh Pengurus PKNP kelak", tambah beliau lagi.



Kursus ini disertai oleh seramai 88 orang peserta yang terdiri daripada anggota pekerja PKNP serta anak syarikat PKNP yang akan menyertai Kejohanan Sukan GEMAPUTERA Selangor 2020.


Kursus yang dikendalikan oleh pihak SAC Consultancy Sdn. Bhd .


Objektif kursus adalah untuk mempersiapkan para peserta bagi menghadapi Kejohanan Sukan Gemaputera Selangor 2020 di samping dapat  membina semangat kerjasama berpasukan serta pengurusan emosi.






Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun selaku Ketua Kontinjen dan Setiausaha Perbadanan PKNP, YBhg. Datin Noraskin Jamaludin.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.