Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PENANGGUHAN KEJOHANAN SUKAN GEMAPUTERA 2020
16/03/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Merujuk kepada kenyataan  Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan surat rasmi dari Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor sebagai penganjur Kejohanan Sukan Gemaputera  XVI Selangor 2020, Ketua Pegawai Eksekutif PKNP  dengan ini memaklumkan:


a.  PKNP  telah mengambil tindakan sewajarnya bagi mencegah kemungkinan jangkitan Covid-19. 2. Selaras dengan ini, PKNP tidak akan menyertai Kejohanan Sukan Gemaputera XVI Selangor  2020 yang dijadualkan akan berlangsung pada 23 hingga 29 Mac 2020 sehingga ke tarikh baru kejohanan yang akan diumumkan kelak oleh pihak penganjur.


b. Sehubungan itu, semua latihan persediaan yang melibatkan anggota pekerja  PKNP dan anak-anak syarikat dihentikan sehingga dimaklumkan oleh pihak Pengurusan PKNP.  Semua anggota pekerja PKNP dan anak -anak syarikat dinasihatkan untuk sentiasa peka dan mematuhi nasihat pihak berwajib bagi mencegah dari jangkitan Covid-19.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.