Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP SALUR SUMBANGAN KE TABUNG COVID-19 NEGERI PAHANG
02/04/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) antara agensi kerajaan yang turut menyumbang kepada Tabung Covid-19 Negeri Pahang.

Penyerahan sumbangan telah diadakan dalam satu majlis ringkas oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar kepada YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail

Sumbangan ini adalah komitmen PKNP untuk menyokong inisiatif yang telah diambil oleh kerajaan negeri dalam usaha membantu rakyat Negeri Pahang khususnya yang terkesan akibat penularan wabak Covid-19.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.