Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


YB ADUN KERDAU LAWAT PROJEK KEDAI DESA RAKYAT KUALA KERDAU
10/06/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuala Kerdau, Temerloh 9 Jun - YB Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Islam, Pelajaran dan Kesihatan Negeri Pahang, Dato' Sri Syed Ibrahim bin Syed Ahmad telah mengadakan lawatan kerja bagi meninjau pembangunan Projek Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau baru-baru ini.


Projek Kedai Desa Rakyat Kuala Kerdau, Temerloh dibangunkan oleh PKNP sebagai memenuhi tanggungjawab sosial PKNP dalam menyediakan dan membangunkan kemudahan sosial untuk rakyat setempat khususnya di kawasan luar bandar.




Projek ini mendapat kelulusan peruntukan berjumlah RM1.2 juta daripada Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) pada tahun 2019 melibatkan pembinaan dua unit gerai Jenis A (12m x 6m) dan empat unit gerai Jenis B (7m x 8.5m).


Pada peringkat awal projek ini dijangka siap pada bulan Disember 2019. Walau bagaimanapun disebabkan beberapa masalah teknikal, tempoh lanjutan siap telah dberikan kepada pihak kontraktor dengan jangkaan siap pada bulan Ogos 2020. Prestasi kerja tapak kini telah mencapai 93%.



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.