Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF KETUAI SESI MESYUARAT JAWATANKUASA PEMERIKSAAN BAJET PERMOHONAN PROGRAM/PROJEK PEMBANGUNAN ROLLING PLANRMK-12 (RPI 2021)
10/06/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 9 Jun - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah mengetuai sesi Mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksaan Bajet Permohonan Program/Projek Pembangunan Rolling Plan Pertama RMK-12 yang telah diadakan Dewan Seminar EDC baru-baru ini melalui aplikasi Skype for Business.


Mesyuarat ini adalah di bawah seliaan Bahagian Pembangunan Ekuiti, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri bagi membuat pemeriksaan ke atas permohonan bajet untuk program/projek yang dipohon PKNP bagi tahun 2020 - 2021.


Mesyuarat ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif , Pengurus Teknik, Pengurus Perindustrian, Pengurus Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Pengurus Pembangunan Hartanah selaku urus setia mesyuarat serta pegawai-pegawai kanan bahagian terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.