Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM ZIARAH PESARA PKNP - KELAB KELUARGA KUMPULAN PKNP PRIHATIN AHLI YANG UZUR
16/06/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 15 Jun - Sepertimana sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada tahun-tahun sebelum ini, Kelab Keluarga Kumpulan PKNP melalui Biro Agama dan Kebajikan terus mengambil inisiatif dengan menganjurkan program ziarah syawal pesara-pesara PKNP yang keuzuran dan memerlukan bantuan kewangan serta waris ahli-ahli kelab yang telah meninggal dunia di sekitar daerah Kuantan baru-baru ini.


Seramai dua orang pesara PKNP dan dua orang anak waris ahli yang meninggal dunia telah menerima sumbangan berupa wang tunai hasil daripada kutipan sumbangan ahli-ahli Kelab Keluarga Kumpulan PKNP.


Naib Presiden Kelab, Encik Nasry bin Kassim dan Setiausaha Agung Kelab, Encik Abdul Nasir bin Abdul Manan telah menyampaikan sumbangan tersebut.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.