Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PROGRAM PKNP TURUN PADANG BERTEMU PARA USAHAWAN - DAPATKAN MAKLUM BALAS USAHAWAN TERJEJAS AKIBAT COVID-19
19/06/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
Kuantan, 17 Jun - PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP telah turun padang dan bertemu para usahawan di bawah bimbingan PKNP di sekitar Serambi Teruntum, Medan Niaga Tenun dan Kompleks Teruntum pada minggu ini.


Matlamat utama lawatan ini adalah untuk membuat kaji selidik dan mendapatkan maklum balas daripada usahawan - usahawan yang terjejas akibat wabak Covid - 19. Daripada maklum balas yang diterima, terdapat usahawan yang menerima kesan negatif daripada wabak Covid - 19. Namun, terdapat juga usahawan yang mencatatkan jualan dengan peningkatan melebihi 80% ketika Covid -19.


Lawatan ini diketuai oleh Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan, Encik Nasry bin Kassim.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.