Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PEMILIHAN JAWATANKUASA MAJLIS BERSAMA JABATAN SESI 2020 - 2022
05/07/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani
1 Julai, Kuantan - Buat pertama kali, pemilihan Ahli-Ahli Jawatankuasa Majlis Bersama Jabatan (MBJ) PKNP bagi sesi 2020 - 2022 dilaksanakan menggunakan platform atas talian yang telah berlangsung pada 23 Jun 2020 yang lalu. . Langkah ini diambil bagi mematuhi arahan SOP pihak berkuasa bagi mengekang penularan wabak Covid-19. Pengundian secara atas talian ini adalah merupakan salah satu agenda yang telah diusulkan oleh MBJ sesi 2018-2020.


Ahli-ahli MBJ yang bermesyuarat pada 1 Julai 2020 sebulat suara melantik Encik Mohd Lizam bin Jemail sebagai Pengerusi manakala Puan Hafizfazlin binti Mohd Kenali sebagai Setiausaha Kerja bagi MBJ PKNP Sesi 2020-2022.


Buletin Penggerak bagi pihak semua anggota pekerja PKNP merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada semua Ahli Jawatankuasa MBJ PKNP Sesi 2020-2022 di atas perlantikan ini, Begitu juga kepada Ahli-Ahli Jawatankuasa MBJ Sesi 2018-2020 di atas khidmat cemerlang yang diberikan. Semoga semua ahli dapat melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.