Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP TERUS MENJADI PILIHAN PELABUR DAN BAKAL PELABUR TINJAU PELUANG PELABURAN BAHARU DI NEGERI PAHANG
09/07/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Perbincangan dengan Pronex Realty Sdn. Bhd.
Kuantan, 7 Julai - PKNP terus menjadi pilihan pelabur dan bakal pelabur untuk meninjau peluang-peluang pelaburan dalam sektor perkilangan di negeri ini walaupun masih berdepan dengan ancaman wabak pandemik Covid - 19.



Terbaharu,  Bahagian Perindustrian PKNP telah menerima kunjungan pelabur dan bakal  pelabur yang berminat untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan potensi pelaburan di kawasan-kawasan perindustrian PKNP di negeri Pahang. Antara perbincangan yang telah diatur ialah seperti berikut:



a. Perbincangan dengan CS Winds Malaysia sdn. Bhd. yang kini beroperasi di Kawasan Perindustrrian Gebeng, Kuantan bagi cadangan pembesaran perniagaan dalam bidang off shore and oil & gas.


b. Perbincangan dengan Pronex Realty Sdn. Bhd. bagi cadangan mewujudkan saluran promosi  bagi kawasan-kawasan perindustrian yang berasaskan oil and gas bagi pasaran antarabangsa.



c. Mesyuarat bersama The Razeedland, syarikat yang berpangkalan di Brunei Darul Salam yang berhasrat untuk membangunkan LNP and Stroge Tank, Energy Power Plant dan Coal Warehouse di Tanjung Agas Maritime Park (TAMP), Pekan.



                   CS Winds Malaysuia Sdn. Bhd.



     The Razeedland, Brunei Darul Salam

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.