Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


"WORKING DINNER" MIDA PAHANG DENGAN PKNP
16/07/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

                                    Erat terjalin...Pihak PKNP dan MIDA bergambar bersama
Kuantan, 13 Julai - Pihak MIDA Pahang telah mengambil insitiaf menganjurkan program working dinner  di mana PKNP melalui Bahagian Perindustrian turut dijemput hadir  baru-baru ini.

Menurut Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman, dalam perbincangan tersebut pihak MIDA ingin mendapatkan maklumat terkini  perkembangan Sektor Perkilangan di negeri Pahang termasuklah pemberian insentif yang ditawarkan kepada para pelabur di negeri ini.

Di samping itu juga, beliau juga turut menjelaskan peranan PKNP sebagai Agensi Hentian Setempat  (OSA) Sektor Perkilangan di negeri Pahang kepada pihak MIDA.

Program ini dihadiri oleh Pengarah Eksekutif  Pembangunan Perkilangan (Sumber) MIDA, Encik Mohamad Ismail bin Abu Bakar,   Pengarah MIDA Pahang, Cik Noraisyah binti Nordin, pegawai MIDA serta pegawai-pegawai Bahagian Perindustrian PKNP.


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.