Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP JALIN KERJASAMA PROGRAM USAHAWAN BELIA & KOMUNITI DENGAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
16/07/2020 by Mohd Fahmi Bin Abdul Ghani

Sepakat..PKNP dan UTM jalin kerjasama laksana program usahawan belia dan komuniti

Kuantan, 15 Julai - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, En Mohd Faizal Jaafar mengadakan pertemuan bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bagi mengadakan perbincangan untuk peluang menjalinkan kerjasama Program Usahawan Belia dan Komuniti di Negeri Pahang Darul Makmur.


Perbincangan ini bermatlamat untuk menyediakan ruang kajian, pekerjaan, keusahawanan untuk masyarakat umumnya, dan golongan B40 serta para pekerja khususnya.


UTM diwakili oleh Dr Mohd Khairuddin Ramliy, Penyelidik / Pensyarah Kanan Azman Hashim International Business School (AHIBS UTM).


Turut hadir adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Pengurus Bahagian Pembangunan Komuniti dan Keusahawanan PKNP, En Nasry Kassim, En Muhammad Jabrul Akmal dan wakil daripada Universiti Teknologi Malaysia.





kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.