Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR PROGRAM TINDAKAN DAN HALA TUJU PERNIAGAAN PASCA COVID - 19
27/07/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

                                        Untuk album..para usahawan yang hadir ke program anjuran PKNP
Kuantan, 23 Julai - PKNP melalui Bahagian Pembangunan Komuniti & Keusahawanan telah menganjurkan Program dan Tindakan Hala Tuju Perniagaan Pasca Covid-19 yang telah berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota baru-baru ini.


Program yang padat dengan input dan perkongsian telah dihadiri seramai 30 orang peserta dalam bidang perniagaan dari berberapa daerah di negeri Pahang.


Pada sebelah paginya, sesi motivasi dan perbincangan bersama usahawan-usahawan untuk perancangan mereka dalam menghadapi bencana pada masa hadapan seperti virus covid-19 bersama Encik Nasry bin Kassim, Pengurus Pembangunan Komuniti & Keusahawanan.


Manakala pada sebelah petang pula telah berlangsung sesi bersama SME Corp Negeri Pahang yang diwakili oleh Encik Wan Tarmizi bin Wan Jusoh yang turut berkongsi maklumat mengenai geran serta bantuan yang disediakan untuk usahawan Bumiputera.



    Sesi motivasi dan perkongsian bersama Pengurus Pembangunan Komuniti

                         & Keusahawanan

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.