Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


TERIMA KASIH ATAS KHIDMAT BAKTI YANG DICURAHKAN - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
03/08/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Antara pesara PKNP yang hadir
Kuantan, 27 Julai - Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar merakamkan ucapan terima kasih di atas khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh para pesara di sepanjang perkhidmatan mereka di PKNP.


Beliau menyatakan demikian ketika berucap di Majlis Persaraan dan Penghargaan Anggota Pekerja PKNP yang telah berlangsung di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan baru-baru ini.


"Saya mendoakan semua anggota pekerja PKNP yang bersara dikurniakan kesihatan yang baik dan berpanjangan serta dapat meluangkan masa untuk bersama keluarga", tambah beliau lagi.


Beliau juga menasihatkan semua anggota pekerja PKNP untuk meneruskan amalan norma baharu pasca Covid-19 serta sentiasa memastikan prosedur standard operasi (SOP) dipatuhi terutamanya dalam penganjuran program seumpama ini.


Di majlis tersebut seramai tiga orang anggota pekerja telah bersara paksa iaitu Encik Md. Yusoff bin Talib, Encik Abdul Nasir bin Abdul Manan serta Hajah Mazilah binti Mansor. Manakala dua orang bersara secara pilihan iaitu Tuan Haji AHmad Ghulamuddin bin Abd. Ghani dan Hajah Hanisam binti Mohd Salleh.


PKNP juga turut meraikan penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2019 (APC), Ahli-Ahli Majlis Bersama Jabatan PKNP Sesi 2018-2020 dan Sesi 2020-2021, Perkhidmatan 25 Tahun PKNP serta Anugerah Kecemerlangan Pelajaran Anak-Anak Anggota Pekerja PKNP 2019. Syabas dan Tahniah kepada semua yang berjaya.



               Tahniah...!! Penerima APC 2019 bergambar bersama Ketua Pegawai Eksekutif PKNP


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.