Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MASJID AL-AZIM FELDA BUKIT KUANTAN SIAP DIBINA - PENGIKTIRAFAN KEPADA PKNP SEBAGAI AGENSI PELAKSANA
03/08/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif menyerahkan replika kunci dan sijil pengesahan arah kiblat kepada Encik Azmil, wakil Pengarah Pembangunan Pahang (SDO)
Kuantan, 29 Julai - Masyarakat di kawasan Felda Bukit Kuantan kini boleh menarik nafas lega kerana dapat menunaikan solat hajat dan solat hari raya aidil adha pada tahun ini apabila pembinaan masjid Al-Azim Felda Bukit Kuantan telah siap sepeuhnya pada 14 Julai 2020 yang lalu.


Baru-baru ini telah berlangsung Majlis Penyerahan Kunci Masjid Al-Azim Felda Bukit Kuantan di mana wakil Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun telah menyerahkan replika kunci dan sijil pengesahan arah kiblat kepada wakil Pengarah Pembangunan Negeri Pahang kemudiannya diserahkan kepada wakil Pegawai Agama Islam Kuantan (PAID) dan seterusnya kepada Pengerusi Masjid Al-Azim Felda Bukit Kuantan.


Majlis ini turut disaksikan YB Ahli Dewan Negeri Kawasan Sungai Lembing, Dato' Haji Md. Sohaimi bin Mohamed Shah, para pegawai PKNP serta ahli-ahli jawatankuasa masjid.


Sepintas lalu, kerja-kerja pembinaan masjid ini telah dimulakan pada 18 Julai 2017 dengan kos berjumlah RM2.95 juta dan mampu menampung kapasiti 1,000 orang jemaah pada satu-satu masa. Projek ini adalah salah satu projek Pejabat Pembangunan Negeri Pahang (SDO) di mana PKNP adalah agensi pelaksana  yang dilantik untuk menyelaras kerja-kerja pembinaannya. Pembiayaan projek ini adalah melalui dana kerajaan persekutuan iaitu di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri.


Pelantikan PKNP sebagai agensi pelaksana adalah merupakan satu pengiktirafan dan kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Syabas dan tahniah kepada PKNP.



Wakil SDO menyerahkan kepada wakil PAID sambil disaksikan oleh YB ADN Sungai Lembing dan

Tuan Haji Mohd Zaid


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.