Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


“FOKUS KEPADA CORE BUSINESS BAGI PASTIKAN KEUNTUNGAN DIOPTIMUMKAN - KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
06/08/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

            "Fokus kepada core business - Ketua Pegawai Eksekutif
Kuantan, 6 Ogos - Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar menyarankan anak-anak syarikat PKNP supaya memberi fokus kepada business utama (core business) bagi memastikan keuntungan dapat dioptimumkan.



Beliau menyatakan demikian ketika berucap di Sesi Pembentangan Prestasi KPI Anak-Anak Syarikat PKNP bagi tempoh Januari hingga Jun 2020 yang telah berlangsung di Dewan EDC, Tingkat 3, Kompleks Teruntum baru-baru ini.



"Wabak pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada operasi PKNP dan anak-anak syarikat", tegas beliau lagi.



Beliau turut mengingatkan anak-anak syarikat untuk meminumkan kos kepada perkara-perkara yang tidak menjadi keutamaan pada masa kini.



Antara anak-anak syarikat yang telah membentangkan prestasi KPI masing-masing ialah Realistic Attraction Sdn Bhd, BCIC Holdings Sdn Bhd, Rumpun Timur Sdn Bhd, RT Development & Engineering Sdn Bhd, PKNP Minerals Sdn Bhd serta PKN Agro-Tech Sdn Bhd.



Turut hadir Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun, Setiausaha Perbadanan Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Pengurus-Pengurus Bahagian/Unit PKNP, Pengurus Anak-Anak Syarikat PKNP serta para pegawai terlibat.




                             Sebahagian pengurus anak-anak syarikat yang hadir





kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.