Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT JAWATANKUASA KERJA PROGRAM-PROGRAM KERJASAMA LPKTN - PKNP - KUKUH KERJASAMA ANTARA AGENSI KERAJAAN
07/08/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

                   Para pegawai PKNP dan LPKtn bergambar kenangan selepas mesyuarat berlangsung
Kuantan, 6 Ogos - PKNP melalui Bahagian Perindustrian terus mengorak langkah ke depan dengan mengukuhkan kerjasama di antara agensi kerajaan melalui beberapa siri pertemuan dan mesyuarat jawatankuasa kerja yang ditubuhkan.


Terbaharu, satu mesyuarat jawatankuasa kerja telah diadakan bersama Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) yang diketuai Pengurus Kanan Korporat & Pembangunan, Encik Mohd Idi Amin Salleh dan Pengurus Korporat, Puan Mimi Mazira Mohd Idris. Manakala pihak PKNP diwakili Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md. Daud Abdul Rahman serta beberapa orang pegawai Bahagian Perindustrian.


Mesyuarat ini bertujuan untuk meninjau peluang-peluang kerjasama antara kedua-dua pihak dalam usaha untuk menarik pelaburan berpontensi ke negeri Pahang secara amnya.


Mesyuarat yang dipengerusikan secara bersama ini telah dirancang untuk dilaksanakan secara berkala dengan penggiliran secara host mesyuarat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.