Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ANJUR POCKET TALK KEUSAHAWANAN DIGITAL 2020
17/08/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

               "Guna platform ini untuk kembangkan perniagaan ke tahap lebih berdaya saing"- Ketua Pegawai Eksekutif

Kuantan, 15 Ogos - Program Pocket Talk Keusahawanan Digital 2020 anjuran PKNP dengan kerjasama MYNIC Berhad yang merupakan penaja kepada program ini telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dengan penyertaan hampir 80 orang peserta.



Program ini telah dirasmikan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal Jaafar di Kompleks Dagangan Mahkota, Kuantan baru-baru ini.



Dalam ucapan perasmian, Encik Mohd Faizal berkata para peserta yang hadir perlu mengambil peluang dan manfaat daripada sesi perkongsian program ini di samping dapat menggunakan platform ini untuk mengembangkan perniagaan ke tahap yang lebih berdaya saing.



 

                                                                   Beri tumpuan - Antara peserta yang hadir



Program ini dihadiri Pengurus MYNIC Berhad, Encik Kariolnizam Zam, Setiausaha Perbadanan, Datin Hajah Noraskin Jamaludin, Pengurus Pembangunan Komuniti & Keusahawanan, Encik Nasry Kassim, para pegawai PKNP serta The BCIC Lodge.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.