Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


SESI DIALOG BELANJAWAN 2021 BERSAMA MENTERI KEWANGAN
27/08/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

                   YB Menteri Kewangan bergambar bersama para peserta dialog
Kuantan, 26 Ogos - Sesi Dialog Belanjawan 2021 Bersama Y.B Menteri Kewangan, Senator  Dato' Sri Tengku Zafrul bin Tengku Abdul Aziz telah berlangsung di Hotel Zenith, Kuantan baru-baru ini.



Sesi dialog ini diadakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia dengan tujuan untuk berkongsi hala tuju dan perancangan perbelanjaan bagi tahun 2021. Malah program ini juga adalah salah satu platform bagi mendapatkan maklum balas khususnya daripada pemain-pemain industri (industry players) di negeri Pahang bagi persiapan Belanjawan 2021.



Dialog ini turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman. Hadir bersama YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Salehuddin bin Ishak serta Ketua-Ketua Jabatan negeri/persekutuan.



                         Ketua Pegawai Eksekutif antara Ketua-Ketua Jabatan yang hadir

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.