Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS PENYERAHAN KUNCI RUMAH MPWP OLEH PENGERUSI PKNP
07/09/2020 by Nor Azlin binti Ahmad
Kuantan, 4 September - YAB. Menteri Besar Pahang, Dato' Sri Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail selaku Pengerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) menerima replika kunci daripada Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar sebagai simbolik penyerahan rumah untuk digunakan oleh Majlis Pembangunan Wanita Pahang (MPWP) yang berlangsung di AC Hotel by Marriot, Kuantan.



Rumah yang bernilai RM 1.2 juta ini adalah sumbangan Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) kepada kerajaan Negeri Pahang dan seterusnya diserahkan kepada MPWP.



Turut hadir di majlis ini adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato' Sri Sallehuddin bin Ishak, Exco - Exco Kerajaan Negeri dan wakil - wakil daripada MPWP dan PKNP. Rumah MPWP akan berfungsi sebagai Woman Crisis Centre kepada golongan wanita di Negeri Pahang untuk memperkasa dan memberi ruang kepada golongan wanita ini menyumbang kepada masyarakat, negeri dan negara.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.