Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PKNP ATUR MESYUARAT OSA BAGI CADANGAN PEMBANGUNAN PROJEK DI PAHANG
17/09/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim
Kuantan, 4 September - PKNP melalui Bahagian Perindustrian telah menyelaras satu mesyuarat One Stop Agency (OSA) bersama syarikat bakal pelabur Nanyang Group Sdn. Bhd.  bagi cadangan projek pembangunan berasaskan Timber  Hub Industry di negeri Pahang.


Mesyuarat yang dipengerusikan Pengurus Perindustrian, Tuan Haji Md. Daud bin Abdul Rahman melibatkan wakikl-wakil daripada jabatan/agensi teknikal pelaburan negeri Pahang. Turut dibincangkan ialah cadangan pembangunan projek-projek lain seperti pembuatan, rantaian produk halal, peralatan perubatan, peralatan keselamatan dan lain-lain.


Susulan daripada mesyuarat tersebut, pihak PKNP telah menerima pelbagai ulasan penambahbaikan serta sokongan daripada jabatan/agensi teknikal yang berkaitan untuk memastikan kertas cadangan pembangunan projek oleh bakal-bakal syarikat  pelabur adalah feasible dan viable  sebelum pelaksanaannya direalisasikan seperti yang dirancang.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.