Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MESYUARAT PENGUKUHAN PENTADBIRAN PULAU TIOMAN
18/09/2020 by Nor Azlin binti Ahmad
Tioman, 17 September - Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar telah menghadiri mesyuarat cadangan pengukuhan pentadbiran Pulau Tioman di Bilik Mesyuarat Kastam Pulau Tioman, Kampung Tekek, Pulau Tioman baru-baru ini.


Mesyuarat yang dipengerusikan YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato' Sri Dr. Salehuddin bin Ishak adalah untuk membincangkan kemajuan kerja cadangan Pusat Pentadbiran Tioman yang akan ditempatkan sementara di Kompleks Bebas Cukai Tioman.


Pihak kerajaan negeri telah bersetuju untuk menyewa dua lot kedai di bangunan kompleks ini untuk tujuan tersebut  manakala PKNP sebagai pemilik premis akan menyediakan kelengkapan yang diperlukan kepada pihak penyewa.


Turut hadir, YB Ahli Exco Kerajaan Pahang merangkap ADUN Tioman, Dato Sri, Haji Mohd Johari bin Haji Hussin, Pegawai Daerah Rompin, Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Tioman (TDA) serta ketua-ketua jabatan yang terlibat.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.