Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS MENGADAP KE BAWAH DULI YANG MAHA MULIA PEMANGKU RAJA PAHANG-KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PKNP TURUT DIJEMPUT HADIR
22/09/2020 by Nor Azlin binti Ahmad

KDYMM Pemangku Raja Pahang berkenan bergambar bersama YB Dato' Sri Norolazali

serta ahli-ahli rombongan yang hadir.
kuantan, 18 September - Kebawah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Pahang hari ini berkenan menerima mengadap YB Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Dato' Sri Norolazali bin Sulaiman dan Pengurusan Malaysia Rail Link.


Majlis Mengadap tersebut turut disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dan Timbalan SUK Pahang (Pembangunan), YH Dato' Razihan bin Adzharuddin.


Baginda turut berkenan mendengar persembahan taklimat daripada Pengurusan Malaysia Rail Link (MRL) berkenaan projek ECRL di Negeri Pahang yang disampaikan oleh Timbalan Pengarah Malaysia Rail Link (MRL), Tuan Haji Nor Rizan bin Mohd Akhir dan Pengurus Pembinaan ECRL Pantai Timur (MRL), Encik Khairi Khalid bin Abdul Rahman.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.