Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAYCHAM CHINA, KUNMING MINAT JALIN KERJASAMA DENGAN PKNP
24/09/2020 by Mohd Ibrahim bin Hashim

Ketua Pegawai Eksekutif menerima cenderamata kenangan  MAYCHAM CHINA
Kuantan, 21 September - Malaysian Chamber  of Commerce and Industry in China (MAYCHAM CHINA) yang berpusat di Kunming, China berminat untuk menjalin kerjasama dengan pihak PKNP khususnya dalam mempromosikan negeri Pahang di Yunnan, China.





Satu sesi perbincangan di antara PKNP dan MAYCHAM telah diatur baru-baru ini bagi membincangkan cadangan promosi perdagangan serta memperkukuhkan hubungan ekonomi dua hala di antara Malaysia dan China.





Dalam perbincangan tersebut, PKNP diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Mohd Faizal bin Jaafar, Pengurus Pemantauan Perniagaan, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Ketua Pegawai Operasi Realistic Attraction Sdn.  Bhd.,, Puan Noraini binti Misran dan Encik Mohd Fahmi bin Abdul Ghani, dari Pejabat Ketua Eksekutif. Manakala MAYCHAM diwakili Encik Lee Yoke Leong dan Prof. Dato' Dr Mohd Najib.





Sesi perbincangan antara PKNP dan MAYCHAM sedang berlangsung



kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.