Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


MAJLIS RAMAH MESRA PKNP BERSAMA UPE, JPM
12/10/2020 by Nor Azlin binti Ahmad

"Tanda penghargaan"-Encik Mohd Faizal menyampaikan cenderamata penghargaan kepada

Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), Dr. Maziah binti Che Yusoff

4 Oktober 2020 - Majlis Ramah Mesra Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang (PKNP) bersama Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah diadakan di De Rhu Beach Resort, Kuantan baru

.





Majlis ini diadakan bagi meraikan pengarah- pengarah serta pegawai-pegawai kanan Unit Perancang Ekonomi JPM sempena penganjuran Kursus Pemantapan Ahli Lembaga Pengarah bermula pada 5 - 6 Oktober 2020 di Kuantan,



Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar dalam ucapan aluannya merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada pihak Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri di atas kepercayaan yang telah diberikan kepada PKNP dalam melaksanakan pelbagai projek kemudahan untuk rakyat  di negeri Pahang di bawah peruntukan yang diluluskan kerajaan persekutuan.



                                                                                                                                





Majlis yang pertama kali diadakan di antara dua pihak ini diharapkan akan dapat memperkukuhkan hubungan yang sedia terjalin di antara PKNP dan Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.