Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN TIMBALAN KETUA PENGARAH UPE JPM MELAWAT PROJEK PKNP
12/10/2020 by Nor Azlin binti Ahmad

Encik Mohd Faizal menyampaikan cenderamata kepada Dr Maziah

semasa lawatan ke Pusat Pengembangan Tenun Pahang DiRaja, Kg Soi, Kuantan
Kuantan, 5 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP,  Encik Mohd Faizal bin Jaafar mengalu - alukan lawatan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri (JPM),  Dr. Maziah binti Che Yusoff dan delegasi ke Kuantan, Pahang dengan beberapa program telah diatur.



Beliau bersama delegasi seramai 35 orang telah diraikan dalam satu Majlis Ramah Mesra di De Rhu Beach Resort Kuantan. Majlis ini turut dihadiri Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Tuan Haji Mohd Zaid bin Harun dan pengurus-pengurus bahagian/unit PKNP.



Pada keesokkan harinya, Dr. Maziah dibawa melawat ke Bengkel Rakyat Beserah yang merupakan salah satu projek yang telah mendapat peruntukkan berjumlah RM 1.4 juta daripada Kerajaan Persekutuan. Encik Mohd Faizal juga berkesempatan memberikan taklimat ringkas sewaktu lawatan tapak ini berlangsung.



Lawatan diteruskan ke Pusat Pengembangan Tenun Diraja Pahang yang terletak di Sungai Soi, Kuantan. Pusat ini ditadbir dan dikawal selia oleh salah satu anak syarikat PKNP iaitu Realistic Attraction Sdn Bhd (RASB). Istimewanya lawatan di sini, Dr. Maziah dan delegasi dapat melihat keunikan hasil tenunan yang dipamerkan tertib susunannya. Malah, para pelawat juga berpeluang melihat dan mencuba sendiri proses penyempurnaan tenunan di pusat tenunan ini.



Lawatan kerja daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri  ini diadakan sempena berlangsungnya  Kursus Pemantapan Ahli Lembaga  Pengarah anjuran UPE  pada 4 - 6 Oktober di De Rhu Beach Resort, Balok, Kuantan.Kerjasama dua hala ini diharapkan dapat diteruskan dan kekal kukuh di masa hadapan demi kesejahteraan rakyat Negeri Pahang.

                                                                                                                                                                                               


kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.