Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


LAWATAN PENANDA ARAS DELEGASI KERAJAAN NEGERI PAHANG KE PDC
12/10/2020 by Nor Azlin binti Ahmad

Ketua Eksekutif PKNP serta delegasi negeri Pahang bergambar bersama 

Pengurus Besar PDC, Dato' Mohd Bazid bin Haji Kahar bergambar bersama
Pulau Pinang, 8 Oktober - Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Encik Mohd Faizal bin Jaafar bersama delegasi kerajaan Negeri Pahang hari ini menghadiri taklimat penanda aras Zon Perindustrian Bebas (FIZ) di Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).



Delegasi kerajaan Negeri Pahang ini terdiri daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang (PSUK), Bahagian Perancang Ekonomi Negeri Pahang (BPEN), Lembaga Pelabuhan Kuantan (LPKtn) dan Jabatan Kastam Diraja Pahang.



Taklimat ini adalah sebahagian daripada lawatan penanda aras selama sehari ke Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas, Pulau Pinang. Lawatan ini bertujuan untuk melaksanakan kajian awal bagi perlaksanaan Zon Perindustrian Bebas di Daerah Kecil Gebeng, Kuantan, Pahang Darul Makmur.



Turut hadir Pengurus Bahagian Perindustrian, Tuan Haji Md Daud bin Abdul Rahman dan Penolong Pengurus Perindustrian, Puan Dhaleazafarina binti Md Zabani.

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.