Berita Semasa  
e-Agency
  Berita 


PUSPANITA PKNP RAI 14 ANAK DARI RUMAH ANAK-ANAK YATIM DAN MISKIN PEREMPUAN DARUL SALAM AL MUKHTAR, PEKAN
22/03/2024 07:03:49 AM by 00971 LUAR
Seramai 14 orang anak-anak dari Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al Mukhtar, Pekan telah diraikan oleh Ahli Jawatankuasa PUSPANITA PKNP bagi membeli kelengkapan menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuk baju kurung dan tudung.Seterusnya mereka telah dibawa berbuka puasa yang turut dihadiri oleh Pengerusi PUSPANITA PKNP, Y. Bhg. Datin Zuhaira binti Zainordin. Semasa majlis berbuka puasa tersebut juga, YH. Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar yang turut meluangkan masa telah menyampaikan sumbangan cek kepada Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim dan Miskin Perempuan Darul Salam Al Mukhtar, Pekan seterusnya menyempurnakan sesi pemberian duit raya kepada anak-anak yatim yang hadir. Turut hadir sama semasa majlis berbuka puasa tersebut adalah Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, Timbalan Pengerusi 1 PUSPANITA PKNP, Puan Masturul Jannah binti Rashid serta AJK-AJK PUSPANITA PKNP.
Full Story
 
PKNP ANJUR PROGRAM MEMASAK DAN AGIHAN GULAI KAWAH SEMPENA IHYA RAMADAN 1445H
22/03/2024 07:03:41 AM by 00971 LUAR
PKNP telah menganjurkan Program Memasak Gulai Kawah Sempena Ihya Ramadan 1445H bertempat di perkarangan Kompleks Teruntum pada 14 Mac 2024 semalam. Penganjuran program yang dibuat saban tahun ini melibatkan sebilangan anggota pekerja PKNP yang bergotong - royong dalam penyediaan bahan masakan sehingga ke proses akhir iaitu pengagihan gulai kawah kepada kakitangan PKNP, jabatan/organisasi di Kompleks Teruntum serta orang awam. Penganjuran program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) PKNP, Y.Bhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan) PKNP, Encik Mohd Razif bin Abdul Malek yang turut sama membantu persiapan serta memasak gulai kawah tersebut. Pada hari yang sama di sebelah petang pula, PKNP telah turut serta dalam program Ihya Ramadan 1445H Peringkat Negeri Pahang anjuran Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP) yang mana PKNP telah mengagihkan sebanyak 200 bekas gulai kawah kepada orang awam bertempat di Padang MBK 1, Kuantan.
Full Story
 
BENGKEL SEMAKAN PELAN STRATEGIK PKNP 2024
22/03/2024 07:03:31 AM by 00971 LUAR
Bengkel Semakan Pelan Strategik PKNP 2024 telah berlangsung dengan jayanya bermula pada 4 Mac 2024 sehingga 6 Mac 2024. Bengkel ini disertai oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pembangunan), Encik Mohd Razif bin Abdul Malek, barisan Pengurus Bahagian/Unit PKNP dan Pegawai A yang terlibat. Program yang berlangsung selama tiga hari ini bertujuan bagi menyemak dan membuat pindaan kepada Pelan Strategik PKNP 2021-2026 sedia ada dengan penambahbaikan dari segi kandungan bagi memenuhi hala tuju strategik semasa PKNP. Disamping itu, Puan Nor Azilah binti Abdul Aziz, Pengurus ICT turut membentangkan Pelan Digital PKNP yang perlu digariskan dalam Pelan Strategik PKNP sebagai usaha berterusan untuk PKNP bergerak ke arah digitalisasi. Bengkel ini turut dibantu oleh pihak perunding dari Akademi PKNS Sdn Bhd, Encik Mohd Raihan bin Mohd Tahir bagi menyemak imbang kandungan Pelan Strategik PKNP yang perlu ditambahbaik. Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapan perasmian beliau menekankan Pelan Strategik PKNP perlu dijadikan panduan dan rujukan utama kepada semua anggota pekerja PKNP bagi menjamin kejayaan PKNP dalam setiap hala tuju yang ingin dicapai pada masa akan datang.
Full Story
 
PELAWAAN SEMULA IKLAN PROGRAM EKSEKUTIF PELATIH
14/03/2024 05:03:31 PM by 00935 LUAR
Full Story
 
SESI PEMBENTANGAN KPI 2023 DAN PELAN PERNIAGAAN 2024 ANAK SYARIKAT KUMPULAN PKNP
11/03/2024 07:03:45 AM by 00971 LUAR
Pada 4 Mac 2024 telah berlangsungnya Sesi Pembentangan KPI 2023 dan Pelan Perniagaan 2024 Anak Syarikat Kumpulan PKNP.


Sesi ini disertai oleh syarikat - syarikat milik penuh PKNP iaitu PKNP Mineral Industries Sdn Bhd, PKNP Agro - Tech Sdn Bhd, RT Development And Engineering Sdn Bhd, BCIC Holdings Sdn Bhd, Realistic Attraction Sdn Bhd (Tenun Pahang Soi) dan Rumpun Timur Sdn Bhd.


Program yang berlangsung di sebelah petang ini dihadiri oleh seramai 20 orang dikalangan Ahli Lembaga Pengarah dan barisan pengurusan anak syarikat. Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif PKNP, YH. Dato’ Mohd Faizal bin Jaafar, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan), YBhg. Datin Hajah Noraskin binti Jamaludin.


Ketua Pegawai Eksekutif dalam ucapannya berkata dalam kelembapan ekonomi, syarikat perlu tahu kemampuan dan memanfaatkan peluang kerana kejayaan sesebuah syarikat terletak kepada keupayaan syarikat untuk terus meningkatkan produktiviti bagi memenuhi permintaan pasaran.
Full Story
 

<<< Previous Next >>>

kembali
 
 


Copyright © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang e-Agency Services. All rights reserved.