Untitled Document
    Cetak Laman ini  Bookmark Laman ini             Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang       Kecilkan Tulisan Besarkan Tulisan     
Pelaburan | Sejarah / Latarbelakang | Korporat 
Welcome to PKNP
Sejarah / Latar Belakang
Struktur Organisasi
Anak Syarikat
Visi
Misi
Piagam Pelanggan
Pencapaian P/Pelanggan
Ahli Perbadanan
Pengurusan
Pengiktirafan
Welcome to PKNP
ISO
QE/5S
LEAN
PUM
TENUN PAHANG
PENGURUSAN
KEWANGAN
 

Pelaburan Anak Syarikat

Penglibatan PKNP di dalam sektor-sektor ekonomi adalah menerusi anak-anak syarikatnya. Secara keseluruhannya PKNP mempunyai 15 syarikat yang bernaung di bawah Kumpulan PKNP. Dari jumlah tersebut, 8 adalah syarikat anak, 3 syarikat bersekutu dan 4 buah syarikat pelaburan ekuiti. Diantara syarikat-syarikat anak PKNP adalah Pasdec Holdings Berhad, Pascorp Paper Industries Berhad, RT Development & Engineering Sdn. Bhd., PKNP Agro-Tech Sdn. Bhd., PKNP Minerals Industries Sdn. Bhd . dan Rumpun Timur Sdn. Bhd. PKNP juga mempunyai kepentingan di dalam syarikat-syarikat yang menjalankan kegiatan perhotelan di Pahang seperti Selesa Health Farm Sdn Bhd, Lanjut Golf Resort dan Vistana Hotel Kuantan.

Pasdec Holdings Berhad yang merupakan syarikat milik PKNP yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia. Syarikat yang terlibat di dalam sektor hartanah ini telah banyak membangunkan kawasan perumahan di Pahang.

Manakala, Pascorp Paper Industries Berhad yang terletak di Kawasan Perindustrian Bentong II merupakan antara syarikat yang mengeluarkan ”industrial brown papers” yang terbesar di Malaysia.

PKNP Agro Tech Sdn Bhd, sebuah syarikat milik penuh PKNP mengusahakan ladang kelapa sawit di Mukim Ganchong, Pekan dan di Jerantut.

Rumpun Timur Sdn Bhd (RTSB) pula menjalankan aktiviti dalam bentuk “Agri-Business” yang tertumpu kepada akuakultur, penternakan dan pertanian. Projek semasa yang sedang dijalankan adalah:

i.

Projek Ternakan Ayam

ii.

Projek Pertanian Kelapa Pandan

iii. Projek Rumah Burung Walit
iv. Projek Penetasan Anak Puyuh

Perlombongan

Bagi memastikan sektor perlombongan di Negeri Pahang berkembang dengan sistematik, tersusun dan terancang, PKNP telah dilantik oleh Kerajaan Negeri sebagai agensi pelaksana bagi projek carigali dan perlombongan di negeri Pahang ini.

Setakat ini, PKNP telah menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat dari Luar Negara dan juga syarikat tempatan bagi menjalankan iaitu :

i.

Lombong Emas di Penjom,Lipis, Sungai Koyan, Lipis dan Bukit Ibam, Rompin,

ii.

Lombong Timah di Batu Talam, Raub dan Sungai Lembing, Kuantan

Di samping itu, PKNP Mineral Industries Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat milik penuh PKNP telah berusahasama dengan syarikat tempatan bagi menjalankan perlombongan bijih besi di Sungai Temau, Lipis dan Chini, Pekan.

Projek-projek Baru

PKNP sentiasa mencari projek-projek baru yang boleh diceburi bagi meningkatkan lagi pendapatannya. Bidang–bidang yang dikenalpasti ialah Agro Farming dan Pengurusan Pertanian Tinggi. PKNP juga sedang mengkaji peluang di dalam projek mini hidro dan keratin.

 
Kembali
Untitled Document
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tingkat 16, Kompleks Teruntum, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 6+09 5658588 Fax : 6+09 5130510
Hakcipta Terpelihara © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Deprecated: mysql_query(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /opt/lampp/htdocs/web-v1/footer.php on line 75

Deprecated: mysql_query(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /opt/lampp/htdocs/web-v1/footer.php on line 79
Tarikh Akhir Kemaskini
01-01-1970
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Panduan Penggunaan | Hubungi PKNP
Hubungi Webmaster

Penafian : Kerajaan Malaysia dan PKNP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280 x 1024