Untitled Document
    Cetak Laman ini  Bookmark Laman ini             Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang   Tukar Latarbelakang       Kecilkan Tulisan Besarkan Tulisan     
Pembangunan Pusat Pertumbuhan Baru & Bandar Baru | Sejarah / Latar Belakang | Korporat  
Welcome to PKNP
Sejarah / Latar Belakang
Struktur Organisasi
Anak Syarikat
Visi
Misi
Piagam Pelanggan
Pencapaian P/Pelanggan
Ahli Perbadanan
Pengurusan
Pengiktirafan
Welcome to PKNP
ISO
QE/5S
LEAN
PUM
TENUN PAHANG
PENGURUSAN
KEWANGAN
 
Latarbelakang
Pembangunan Pusat Pertumbuhan dan Bandar Baru adalah sektor pembangunan yang paling utama yang diceburi oleh PKNP semenjak penubuhannya dalam tahun 1965.

Ianya merupakan peranan dan tanggungjawab sejajar dengan objektif penubuhan PKNP iaitu bagi meningkat, mendorong, memberi kemudahan serta menjalankan usaha pembangunan ekonomi dan sosial negeri terutamanya di kawasan luarbandar demi kesejahteraan rakyat.

Di samping itu, PKNP berperanan di dalam menyediakan premis perniagaan yang lebih selesa dan teratur dengan keutamaan kepada Bumiputera untuk menyewa atau memilikinya pada kadar harga yang berpatutan dan mengikut kemampuan.

Objektif
Bagi merealisasikan misi dan matlamat PKNP keseluruhan, objektif pembangunan projek dan harta adalah memastikan pembangunan pusat pertumbuhan dan bandar baru, perumahan, perkedaian serta pengurusan harta sebagai penyumbang kepada pendapatan PKNP dengan menawarkan produk yang memenuhi citarasa rakyat.

Fungsi
Pembangunan Projek dan Pengurusan Harta terbahagi kepada empat fungsi utama seperti berikut :-

1) Pembangunan Pusat Pertumbuhan Desa

 
i. Membangun dan memodenkan kawasan luarbandar melalui proses perbandaran, di mana kampung-kampung tradisional yang telah dikenalpasti mempunyai potensi untuk maju dan berkembang akan dibangunkan sebagai PPD.
ii. Konsep pembangunan PPD ini melibatkan usaha bersepadu dalam penyediaan kemudahan infrastruktur, kemudahan awam dan sokongan bagi memusatkan aktiviti perniagaan dan ekonomi di PPD tersebut.

2) Pembangunan Bandar Baru
Memajukan bandar-bandar baru yang telah dikenalpasti untuk dijadikan sebagai pusat pentadbiran daerah atau pusat perniagaan dengan menyediakan kemudahan infrastruktur dan premis-premis perniagaan yang lebih moden dan lengkap.

3) Pembangunan Perumahan Dan Perkedaian
Sektor perumahan merupakan salah satu bidang terbesar yang diceburi oleh PKNP semenjak penubuhannya melalui konsep pemaju, memajukan tanah Bumiputera dan penswastaan.

4) Pengurusan Harta
PKNP juga berperanan di dalam mengendali dan menguruskan harta-harta untuk disewakan terutama kepada usahawan bumiputera bagi menawarkan peluang perniagaan dan ruang niaga yang lebih selesa mengikut kemampuan mereka diseluruh Negeri Pahang. Jenis-jenis harta yang dimiliki oleh PKNP adalah seperti berikut : -
 
i. Ruang Industri dan Bengkel
ii. Bangunan Inkubator
iii. Ruang Pejabat
iv. Kediaman dan Kedai Komersial
v. Kedai dan Gerai Sosial

Kembali
Untitled Document
Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang
Tingkat 16, Kompleks Teruntum, 25000 Kuantan, Pahang
Tel : 6+09 5658588 Fax : 6+09 5130510
Hakcipta Terpelihara © 2024 Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang

Deprecated: mysql_query(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /opt/lampp/htdocs/web-v1/footer.php on line 75

Deprecated: mysql_query(): The mysql extension is deprecated and will be removed in the future: use mysqli or PDO instead in /opt/lampp/htdocs/web-v1/footer.php on line 79
Tarikh Akhir Kemaskini
01-01-1970
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Peta Laman | Panduan Penggunaan | Hubungi PKNP
Hubungi Webmaster

Penafian : Kerajaan Malaysia dan PKNP tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami
kerana menggunakan maklumat di laman ini.
Paparan Terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi 1280 x 1024